2 April 2012

Adat Temenggong


Adat Temenggong applies in other states.It is based on the characteristic of patrilineal is a system in which one belongs to father`s lineage; it genarally involves the inheritance of property,name or titles form father to sons. After the establishment of Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976,the family law has been given enforcement on matters of marriage,divorce and inheritance.As a result,the chinese and Hindu customary Laws have lost its effect as an important source of unwritten law in Malaysia.



1- Latar Belakang


*Adat Temenggong diamalkan di semua negeri-negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan.Adat Temenggong disusun oleh Datuk ketemanggongan,iaitu abg tiri Datuk Perpati Nan Sebatang di Palembang Adat ini Dibawak masuk ke Melaka Pada awal abad ke -15 Dari Melaka,Adat Temenggong  disebar ke negeri-negeri Melayu yang lain dengan perkembangan Empayar Melaka.


2- Ciri-ciri

a) Lebih Memantingkan Lelaki


*Adat Temenggong meniktirafkan lelaki menjadi ketua keluarga.Maka, adat ini dikatakan lebih mementingkan pihak. Adat Temenggong juga mengkehendaki seseorang isteri tinggal bersama dengan keluarga suaminya.Selain itu, Adat Temenggong menganggap kedua-dua pihak keluarga sama penting. Perkahwinan di antara dua orang sepupu dibenarkan asalkan kwdua-dua orng tua tidak mempunyai pertalian darah.


b) Undang-Undang Bersifat Kekerasan


* Sama seperti Adat Perpatih, undang-undang Adat Temenggong berbentuk peribahasa,bidalan dan sebagainya. Tetapi undang-undangnya bersifat kekerasan. Setiap orang yang melakukan kesalahan, dia akan di hokum dengan hukuman berat. Sebagai contoh,seseorang yang membunuh akan dijatuhkan hukuman mati. Mereka percaya bahawa hanya menggunakan kekerasan sahaja dapat mengurangkan niat seseorang untuk melakukan kesalahan.


c) Mempunyai Unsur Autokratik


* Adat Temenggong mengutamakan kedudukan istimewa dan kebesaran pemerintah.Ia bukan sahaja memberi kuasa kepada pemerintah tetapi juga kepada pembesar. Oleh itu, golongan pemerintah mempunyai kuasa berlebihan. Dengan itu, Adat ini dikatakan bersifat autokrasi dimana,semua kuasa adalah terletak dalam tangan pemerintah dan pembesar.



Adat Pepatih

Adat Pepatih Berasal Dari Tanah Minangkabau,Sumatera,diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sultan Balun Yang Bergelar Dato`Pepatih Nan Sebatang.Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah pertani ketika itu.Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan.Tetapi adat Perpatih telah dibawak ke semenanjung Tanah Melayu(Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau pada abad ke 14 Masehi.Di Malaysia,Adat Perpatih ini masih lagi wujud dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan yang majoritinya adalah keturunan Melayu Minangkabau.Mereka itu terbahagi kepada bebarapa puak yang dipanggil suku Pelantikan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan adalan satu-satunya warisan Adat Perpatih.Bergitu juga dengan perlatikan Undang Luak yang empat iaitu Rembau,Sungai Ujung,Johol dan Jelebu semuanya adalah berteraskan Kepada Adat Perpatih.

Adat Perpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata perbilbeberapan angan.Ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka,perlantikan pemimpin,hukum nikah kawin,amalan bermasyarakat,sistem menghukum mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan dan pelbagai aspek lagi.Setiap peraturan atau adat itu ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat itu.

Perlatikan pemimpin,misalnya,banyak yang menyamakan sistem Adat Perpatih dengan amalan demokrasi.Contohnya ialah Perlantikan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan di mana bukannya melalui keturunan dari bapa ke anak tetapi adalah melalui pemilihan oleh Undang Luak yang empat iaitu Undang Rembau,Undang Sungai Ujung,Undang Johol dan Undang Jelebu.Empat Undang ini akan bermesyuarat untuk melantik salah seorang keturunan dari raja Pagar Ruyung untuk menjadi Yang DiPertuan.Undang Luak Pula dilantik oleh Dato`-Dato` Lembaga ini pula adalah pemimpin-pemimpin yang dilantik secara muafakat oleh peminpin-pemimpin keluarga yang digelar Buapak.Oleh itu secara Keseluruhannya kuasa melantik pemimpin itu sebenarnya berada di tangan rakyat biasa.Inilah satu sistem Adat Perpatih yang ada persamaan dengan demokrasi.

Pada masa ina Adat Perpatih di Negeri Sembilan hanya diamalkan pada urusan-urusan tertentu sahaja seperti nikah kawin,pemberian pusaka dan pelantikan pemimpin.Selain daripada itu amat kurang adat ini dipraktikkan.

Pembahgian harta selalu menjadi topik perdebatan hangat mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pembrian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan.Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan.Sebenarnya pemberian pusaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat.Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga.Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih.Maksudnya,seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa pun,dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika dia pulang ke kampungnya dia sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki.Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup (survival).Akan harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka perbahagiannya adalah menurut hukum faraid(tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja).

1 April 2012

Warna-Warna Kehidupan

warna biru: manusia mermerlukan air.
warna hijau: manusia mermerluka tumbu-buhan untuk berlindung dari terik mata hari.
awan: manusia mermerlukan awan untuk menurukan hujan.